Assalamualaikum..
Em, sedapkan kalu dapat makan manisan hasil daripada air tangan sendiri? Haha arini aku nk sharekan cara membuat macaroons atau lebih senang, resepi macaroons..hihi yang penting, jimat dan boleh makan banyak..! yummm3.. <3
Bahan2 utk membuat Macaroons:
200 gram - Icing sugar
120 gram - Serbuk almond (badam)
**Icing sugar dan serbuk badam hendaklah diayakkan dulu3Biji putih telur - ( Jangan nk memandai guna telur itik or telur rebus!! Kalu nk lg fresh, simpan telur tu 2 or 3 ari dalam peti sejuk)
20 gram – Castor sugar
Secubit – Cream of tartar
Cara2 nk buat:
Langkah Pertama:
-Mula2 ayakkan serbuk badam dan icing sugar (kasi halus)
-Lepas tu, asingkan.
Langkah Kedua:
*Sila gunakan mixer utk hasil yg lebih cepat.. J
-Putarkan putih telur – kasi slow dulu, jangan la slow sgt..sedang2 je.
-Then masukkan castor sugar – kasi putar lagi.
-Then masukkan secubit cream of tartar – kasi putar lagi sekali (makin lama, makin laju)
**ingat, jangan terus putar laju2..nanti xjadi la pulekss..
-Oke, agak2 da gebu putih telur tadi, angkat pemutar..lepas tu tgk, adunan tadi lembik ke x..
-Kalu lembik and meleleh, kasi putar lagi..smpailah korg angkat pemutar td lepas tu korg tgk telur putih xjatuh, adunan td gebu and shinning..
-Lps tu ltk la color utk macaroons sesuka ati anda(**letak setitik je bhn pewarna tu..kalu korg tu fanatic nk letak byk2, ske ati ler..haha)
Langkah Ketiga:
**Gunakan senduk pulak, jangan guna mixer da.!haha
-Tuangkan serbuk badam dan icing sugar ke dalam adunan td telur td..
-Jangan tuang semua, tuangkan secara berperingkat(3kali) then gaulkan secara perlahan-lahan..tp korg jangan la gaulkan kerap sangat..
-Gaul tu just utk make sure yg badam td da sebati dengan putih telur..
-Oke, selepas da tuang serbuk badam & icing sugar dalam adunan telur td sebanyak 3kali, korg pastikan adunan dan color td betul2 sebati..
Langkah Keempat:
-Masukkan adunan yg sebati td dalam piping bag, then pipe kan bentuk bulat ke dalam dulang pembakar..
-Sebelum pipe kan ke atas dulang pembakar, alas dulang td dengan kertas pembakar, supaya adunan td tidak melekat di atas dulang pembakar.
-Oke, lepas tu korg pipe kan bentuk bulat atas kertas pembakar, kalu xreti buat bentuk bulat, bentuk empat segi or tiga segi pn bley..ikut kreativiti masing2..haha
-Lepas da pipe kan macaroons td, biarkan selama setengah jam, sebelum korg nk bakar macaroons tu..Ha, g la tgk tv dulu.sebelum tu, g panaskan oven dulu.huhu
Langkah Kelima:
-Lepas da tgk tv setengah jam, masuk balik dapur.. Masukkan macaroons td dalam oven yg da panas..
-Gunakan suhu 150 darjah, selama 15 minit (waktu tu, depends pada jenis oven korg..and part pembakaran ni susah sikit kalu xreti jaga, takut macaroons korg xjadi pulekss..so perhatikan la macaroons korg semasa proses pembakaran)
-Selepas korg agak2 macaroons tu da siap, keluarkan dari oven..
-Jangan gelojoh sangat, kasi macaroons tu rehat lg selama setengah jam, then baru angkat macaroons..
-Kalu menjadi, ia akan mudah di ambil dan tidak melekat pada kertas pembakar..
Langkah Terakhir:
-Sebelum nk letak filling di tengah2 macaroons, rasa la dulu, sedap ke tidak macaroons korg..
-Kalu da rasa sedap, letakkan filling mengikut citarasa korg (coklat, cheese, blueberry, etc)..
-Kalu xberjaya, buat lg sampai Berjaya Oke?hehe
Aku tunjuk sikit la, proses membuat macaroons:
Selamat Mencuba..